بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم

10 Amalan Terbalik

Kadang-kadang kita dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau berikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.



Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:
1. Amalan kenduri arwah/ slamatan beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah uang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia untukl pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak memberi pun tak apa kerana tuan rumah yang mengundang untuk beri memberi restu kepada mempelai & makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian bagus rapih dan indah tetapi bila menghadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian yang pas-pasan saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita merasa segan untuk makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, padahal yang dituntut supaya makan apa yang dihidang dengan begitu tuan rumah merasa gembira dan tidak mubazir.
5. Kalau sholat sunah di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunah banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk menghindari rasa riya'.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam cara-cara perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa harusnya yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau untuk mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila kembali dari Mekah tidak ada kenduri apa pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir (perjalanan yang jauh), maka dibuat kenduri. Bukan kerana akan bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain...
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak-anak mereka gagal dalam ujian. Maka dihantarlah ke tempat-tempat kursus walaupun banyak biayanya. Tapi kalau anak tidak bisa baca Quran atau sholat, mereka tidak bimbang pula bahkan tak mau mengantar ke tempat kursus baca Quran atau kelas khusus mempelajari Islam. Kalau guru kursus sanggup dibayar sebulan Rp 300,000 untuk satu pelajaran dan 8 kali kehadiran saja tapi kepada Ustadz Qur'an/ belajar mengaji hanya Rp 100,000 padahal sebulan 20 kali kehadiran untuk belajar..Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih malu jika anak tidak dapat baca Al Quran atau Sholat dari pada tidak lulus ujian.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tidak hujan, tidak panas, tidak ribut pun tetap tidak datang ke masjid. Sungguh tidak tahu malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi untuk mampir ke rumah Nya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau mau keluar rumah dengan suami atau tidak, bukan main dia berhiasnya. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikuti selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah pesan-ku walaupun hanya satu ayat." (Riwayat Bukhari)


1 comments:

wyd mengatakan...

bahasa anda melayu banget. orang melayu, bang?

Posting Komentar